Home » , » MH 370 dan MH17 dalam kenangan.

MH 370 dan MH17 dalam kenangan.

Written By www.ummisihatcantik.com on Jumaat, 22 Ogos 2014 | 10:00 PG




Assalamualaikum............ 


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memukul.Ya Allah kami yakin dengan setiap ketentuan daripada engkau.Dan kami yakin ya Allah akan setiap kejadian yang berlaku didalam urusan engkau.susah bagi kami untuk memahami maksud,tujuan dan hikmah disebaliknya.

Sehingga kini MH370 masih lenyap tidak diketahui nasibnya,sedangkan MH17 menerima nasib yang terlalu sukar untuk dimengerti.Ditembak oleh mereka yang entah apa agendanya.Melibatkan pesawat komersil yang tiada kaitan.Dengan apa apa konflik di ruang negara Ukraine.

Bicara ini bukan omongan kosong santai bersahaja.Aku menulisnya dengan hati yang berduka. Bagaimana kemanusiaan dipermainkan.Nasib manusia lain dipelekehkan entah kerana apa.Musibah sefaham aku hanyalah untuk penghapus dosa.Juga untuk pahala atas kesabaran.Dinaikan ke makam yang lebih tinggi disisi Allah.



Selama ini tiada kejadian seumpama itu.Yang melibatkan negara kita.Bila berlaku sukar untuk dimengerti.Lebih lebih lagi bagi keluarga yang terlibat.

Sebagai tanda bersimpati doakanlah keluarga mereka yang terlibat semoga tabah menghadapi dugaan yang berat ini.Pada yang pergi semoga diampunkan roh mereka.

Al-Fatihah.
        

0 comments:

Catat Ulasan