Pencapaian Unlimited bersama Shaklee......

Written By www.ummisihatcantik.com on Ahad, 17 Ogos 2014 | 7:00 PG

Assalamualaikum .....

Alhamdulillah bertemu lagi di kita di ummisihatcantik.com.Blog tempat kita bertemu untuk sama sama berkongsi cerita. Mudah mudahan dapat bercerita perkara baru disamping itu kita berkongsi aktiviti yang saya lakukan.Sebagai seorang pengedar Shaklee yang beroperasi dari rumah menggunakan perkakasan elektronik canggih zaman ini.

Saya ingat kali ini nak bercerita khas mengenai perkara perkara yang telah saya dapat sepanjang penglibatan saya dengan Shaklee.Kerana shaklee apa terjadi kepada saya.
Benarlah semua perkara dalam dunia ini sudah ditakdirkan.Kita diberi pilihan oleh Allah untuk melakukan apa sahaja.Jadi kenalah pilih yang baik baik.

Allah yang mengizinkan atau tidak.Boleh jadi usaha yang dibuat sangat sempurna.Tiada kecacatan tetapi yang berkuasa mutlak memberi atau tidak hanyalah Allah.Jika Allah memberi tak seorang pun dapat menghalang.Begitulah sebaliknya.

Perkara ini adalah pegangan kita sebagai seorang Islam.Berbalik kepada kisah saya dengan Shaklee banyak perkara menarik yang berlaku.Antaranya ialah saya dapat berjumpa ramai kenalan yang baru.Saya berjumpa bermacam ragam manusia.Mana yang baik dan ngam saya teruskan perhubungan.Alhamdulillah saya berjumpa ramai yang ngam dan baik dengan saya.

Pada yang tak ngam taklah sampai memutuskan silaturahim.Cuma taklah mesra macam mereka yang ngam.Dalam bershaklee kita memberi.Kita beri peluang untuk seseorang mengubah kehidupan mereka.Mereka boleh menjana pendapatan mereka dengan berkongsi kebaikan produk produk shaklee.Itu pun kalau mereka berminat.Semakin ramai dan banyak perkongsian semakin banyak pendapatan sampingan mereka.Dan kalau mereka tidak mahu berkongsi pun tidak menjadi masaalah.Mereka boleh terus mengguna produk produk sahklee.Paling tidak cubalah sabun basuh kain atau sabun basuh pinggan shaklee,Pasti mereka akan gembira rasai kelainannya.

Katalah tak terbuka juga minda mereka untuk memperbaiki kesihatan atau kehidupan mereka dengan produk shaklee.Tidak menjadi apa apa problem pun.Terus boleh menjadi kawan kawan.Sangat seronok tambah kawan kawan.Boleh juga tambah pengetahuan contohnya bila dapat bercerita perkara perkara yang baru.Macam yang sedang berlangsung antara saya dengan pembaca.

Banyak lagi perkara positif yang lain.Dari segi pembangunan diri mahu tidak mahu upline shaklee macam saya terpaksa menjadi leader.Dunia keusahawanan walaupun seringkas pengedar produk shaklee kena jadi leader yang hebat.Dalam fikiran kena sediakan jawapan untuk apa sahaja persoalan dari downline.Mereka yang tak faham produk atau tak pandai IT kita kena terangkan.Ajar sampai pandai.Itu pun dengan syarat mereka ada keinginan.Dan setakat ini downline saya taklah susah sangat untuk diajar.Malah ada yang lebih hebat pencapaian mereka dan berjaya.

Paling best income dalam rumah sudah bertambah.Tidaklah mengharap suami sahaja.Sekarang saya sudah dapat membantu.Shaklee akan menjadi main income kami suatu hari kelak,insyaallah.Jadi kalau ada rasa mahu berubah boleh hubungi saya untuk bermula.Satu satu akan saya ajar.

Dan lagi ada banyak pulak nak tulis.Antara perkara sensitif tentang MLM ialah penolakan.Memang kita tak suka tetapi ada cara bagaimana untuk counter supaya prospek dapat pandangan positif tentang Shaklee.Secara positif kita pun tak akan rasa negatif bila ada penolakan.Pun begitu rasanya elok saya berhenti disini dahulu.Perut dah lapar.Nak sarapan dahulu.Bolehlah cuba minum ESP kalau ada yang masih belum rasa minuman yang berkhasiat ini. Lain kali jumpa lagi.

TQVM.Assalamualaikum.


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya
019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

     

















  

0 comments:

Catat Ulasan