Home » » Kurma kambing juadah istimewa minggu ini.

Kurma kambing juadah istimewa minggu ini.

Written By www.ummisihatcantik.com on Ahad, 24 Ogos 2014 | 7:00 PTG

Assalamualaikum......

Dalam blog macam macam perkara boleh dikongsi.Yang baik bermanfaat atau apa apa sahaja..Hari ni nak cerita berkenaan daging kambing masak kurma ummisihatcantik.com yang begitu istimewa dinikmati malam tadi.

Walaupun suka sangat kari kambing yang dimasak pedas.Tetapi bila anak anak nak kambing masak kurma. Terpaksalah mengalah. Paling seronok bila makan ramai ramai dalam talam.Sungguh menyelerakan.Tengok anak anak makan terasa sangat bersyukur.Dalam kita mudah menikmati juadah ada ramai sebenarnya yang masih susah untuk dapatkan makanan.


Tak payah cerita yang saudara kita di negara lain yang berkonflik perang atau sebagainya.Cukup sebenarnya kita merasai kekurangan pada mereka yang tidak berkemampuan di negara kita ini.

Kalau kita prihatin.Sebenarnya ada saudara saudara kita yang sangat susah kehidupannya.Mereka mereka yang dibantu oleh pusat pusat zakat,juga badan badan kebajikan.Ibu ibu tunggal banyak kedapatan di negara ini.Ada yang datang meminta dan ada ramai yang menahan diri mereka daripada meminta minta.Alhamdulillah ramai diantara kita yang baik menolong memudahkan mereka mereka yang susah ini.Yang baiknya kita boleh mula libatkan diri untuk menghulurkan bantuan pula.

Berkaitan cerita kepada sedapnya kambing masak kurma malam tadi.Teringat akan masa di kampung dahulu yang mana selalunya selepas majlis aqiqah bahagian kepala yang dihidangkan untuk Pak Imam.Akan menjadi target untuk diselesaikan.

Pada yang biasa memakannya sedaplah sangat.Sehingga kini selepas 30 tahun berlalu.Tabiat memakan kambing kebelakangan ini sudah menjadi satu fenomena lain.Tentu sahaja hidangan nasi arab dengan kambingnya.Dimana mana majlis keraian seperti sambutan hari raya pula ianya disediakan dalam bentuk panggang.Selalunya akan cepat habis dimakan.Begitulah keadaannya.Dahulu lain sekarang lain.Dalam makanan pun banyak berlaku perubahan apa lagi dalam bab bab yang lain contohnya berkaitan teknologi.Macam kita berhubungan sekarang ini.

Ok lah lain kali kita bawa kisah makanan atau resepi yang lain pula.Dalam enak menikmati sedapnya hidangan sekali sekala ingat ingatkan mereka yang susah juga.Mudah mudahan bertambah berkat kehidupan dengan segala kurnian.

TQVM.Assalamualaikum.


0 comments:

Catat Ulasan