Cara sihat dan cantik Siti Rozita.

Written By www.ummisihatcantik.com on Sabtu, 16 Ogos 2014 | 7:00 PG

Assalamualaikum....

Hai bertemu lagi di alam maya.Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya disamping urusan seharian.
Bagaimana kalau hari ini saya bercerita lebih lanjut berkenaan saya.Tentang ummisihatcantik.com

Mana yang masih belum tahu biarlah saya kenalkan sekali lagi siapa saya.Nama saya Puan Siti Rozita Binti Othman.Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.Selama 16 tahun berumahtangga dengan suami saya tidak pernah bekerja dimana mana .Melainkan setelah berhenti daripada menjadi seorang guru di pusat pemulihan dalam komuniti Felda Bukit Senggeh lebih kurang dua bulan setelah berkahwin.Namun sekarang saya seorang suririmah yang bekerja dari rumah.Dengan ummisihatcantik.com saya bekerja secara online berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orangramai.

Setiap bulan dengan pendapatan suami yang bekerja seorang diluar beliau bertungkus lumus menyediakan keperluan kami anak beranak.Alhamdulillah walaupun suami seorang yang agak tegas tetapi beliau menjalankankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Ketika melahirkan anak ketiga saya mula menggunakan produk Shaklee.Tujuan sebenar saya menggunakan produk Shaklee ialah untuk memberi anak saya susu badan.Untuk pengetahuan semua saya tidak dapat memberi anak yang pertama dan kedua susu badan kerana susu cepat menjadi kering.

Beberapa petua dan ubat digunakan tetapi malangnya.Setiap anak anak saya tidak dapat susu badan lebih daripada satu bulan.Perkara ini mengecewakan saya.Syukur alhamdulillah.Dipertemukan dengan ESP Soy Protein Isolate Powder.Sejenis makanan tambahan protin berasaskan  soya yang dihasilkan daripada non-Genetically Modified organism.Maknanya tiada perubahan genetik pada soya yang digunakan

Didalam pasaran hanya Shaklee ESP yang ada 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.Bunyi macam baik sangat .Itulah hakikatnya dan alhamdulillah ESP sesuai dengan saya.Suami saya tidak gembira bila dapat tahu harga ESP yang agak mahal kalau dibandingkan dengan susu soya dipasaran.Mulalah dia suruh mencari susu soya jenama lain.Tetapi kerana saya tengah gembira dapat menyusukan Damia iaitu anak ketiga kami saya memujuk beliau untuk terus menggunakan susu soya jenama Shaklee.

Yang menggembirakan saya ialah beliau sendiri yang mengkaji kebaikan susu soya jenama Shaklee.Akhirnya beliau sendiri menggalakkan saya supaya terus menggunakan produk jenama ini.Suami seorang yang suka berniaga.Beberapa perniagaan sampingan telah kami lakukan.

Walaupun untung tak seberapa tetapi kami gembira.Melihatkan kebaikan dan potensi yang ada pada pada produk Shaklee beliau sendiri telah bertanya bagaimana untuk berniaga Shaklee.Kami menghadiri perjumpaan pertama dengan Master Cerry dan Master Iffah di Ayer Keroh.

Paling tak dapat lupa pelajaran dari perjumpaan pertama.Macam tak susah untuk dipaham.Tetapi tak senang untuk dibuat.Daripada situ kami berdua telah belajar dan belajar sehingga berjaya sampai ketahap Coordinator sekarang ini.

Tak ada rahsia yang besar melainkan keinginan yang betul.Kongsi kebaikan yang kita perolehi dan teruskan dengan bimbingan upline.Sangat mudah.

Kami sedang mengejar matlamat yang kami telah impikan.Perjalanan dengan Shaklee begitu bermakna bagi saya.Mengajar saya banyak perkara dan lagi saya dapat berkongsi peluang dengan downline dan semestinya produk Shaklee yang begitu hebat.Telah terbukti dipasaran selama 50 tahun.Ianya sentiasa selamat dan sentiasa berfungsi.Insyaallah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya
019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

0 comments:

Catat Ulasan