Home » , » Mimpi terbang ke Jakarta

Mimpi terbang ke Jakarta

Written By www.ummisihatcantik.com on Selasa, 15 Julai 2014 | 6:02 PG

Assalammualaikum semua. 

Alhamdulillah hari ini saya diberi waktu untuk menulis mengenai pengalaman saya  ke Jakarta pada 14 hingga 17hb april 2014 yang lalu.. Biarlah saya ceritakan dari awal supaya menjadi semangat untuk semua terutama warga SMT dan anak saya nanti. 

Mulanya upline saya , Master Hadhatina bercadang untuk ke Indonesia beberapa bulan sebelumnya. Dan beliau ingin membawa sesiapa sahaja dari supermom untuk melebarkan  empayar masing2 disana memandangkan peluangnya amat luas.
Hati saya melonjak nak ikut kerana teringin sangat berjumpa dengan Desiarini,   downline pertama saya Di Indonesia.  Bila saya sampaikan hajat kepada suami , jawapan tidak seperti yang saya harapkan. .Tetapi dia menetapkan syarat untuk kami ikut program ke Jakarta. Syaratnya saya harus naik Coordinator.ketika itu saya masih supervisor (1point). dan saya rasakan peluang untuk pergi adalah sangat tipis. Tetapi dalam hati sangat menebal untuk ke sana kerana salah satu impian saya adalah untuk membawa anak dan suami naik kapal terbang.

Saya seorang yang kuat berangan. pantang tengok kapal terbang .mesti cakap satu hari nak bawa mereka naik kapal terbang. sampaikan tengah ampai baju pun boleh cakap macam tu. apatah lagi kalau tengah naik kereta. siap suruh anak2 doakan sekali. bila di fikirkan saya dengan surirumah sepenuh masa dari mana nak korek duit bawa mereka naik kapal terbangkan. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan itu. Tapi ini semua aturan Allah yang Maha Kuasa. 

Berbalik pada Cabaran suami saya tadi,  saya bertekad untuk usaha gigih lagi kerana merasakan inilah masanya untuk saya mengejar impian saya itu
1) saya dapat bawa mereka naik kapal terbang 
2) bersua muka dengan Desiarini  upline pertama saya yang sebelum Ini hanya fb menjadi pengantaraan kami berdua. 
3) sedaya upaya sahut Cabaran suami naik rank Coordinator. 

Alhamdulillah. Berkat usaha,  fokus apa yang diinginkan ,akhirnya Impian terlaksana. 
Seperti perancangan kami sekeluarga akan pergi bersama satu keluarga lain dari group supermom memandangkan mami Hadhatina dan beberapa keluarga yang lain sudah berangkat dahulu ke Jogjakarta. kami menyusul kemudian dan terus berkumpul beramai ramai di Jakarta .  memandangkan   kami tiada pengalaman jadi dengan bantuan khairul dan zainora dapat meringankan dan melancarkan perjalanan kami. 
Pada awal pagi 14 april  2014 kami berangkat ke KLIA dari rumah noraziah ibrahim (cucu dalam group SMT) saya.Alhamdulillah mereka membantu menghantar kami pergi balik ke KLIA dan membenarkan kereta  kami di kediaman mereka. 

kami menaiki pesawat Mas . Memang kecut perut sikit sebab kali pertama naik pesawat. macam2 perasaan ada. takut seronok sampai meleleh air mata bila kak long dan kak ngah ucapkan terima kasih. mereka bukan main seronok  lagi sewaktu kapal terbang naik ke udara. Damia syafiyyah dan husna pun bukan main suka lagi. tak meragam pun. 
(yang sedihnya tak dapat nak kongsi gambar sewaktu dalam pesawat dan banyak gambar lain .kemera tercicir di Malaysia sewaktu balik)


Permandangan dari dalam bilik hotel Santika yang kami mengidap di Jakarta.Rasa macam tak percaya dah menjejakkan kaki di bumi Jakarta. Ketika ini musim hujan di jakarta.

kisah seterusnya ketika kami  berada di Jakarta , akan saya sambung di halaman.yang lain..tunggu...

Anda ingin berada bersama group besar kami, sila klik disini.

Sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee atau apa2 sahaja sila mesej di 
019 6550049 Siti Rozita Othman
Shaklee Melaka

Salam Sayang
Ummi Ita


0 comments:

Catat Ulasan