Home » » Rahsia Sihat Dan Cantik

Rahsia Sihat Dan Cantik

Written By www.ummisihatcantik.com on Selasa, 11 November 2014 | 10:30 PG

Rahsia Sihat Dan Cantik.Semakin banyak yang kita belajar semakin banyak perkara baru yang kita tahu.

Jadinya kita akan dapati betullah kata kata semakin belajar semakin kita tak tahu.Begitu jugalah berkenaan pengetahuan mengenai rahsia kesihatan dan juga kecantikan.Pada kali ini saya mahu berkongsi beberapa perkara baru yang saya perolehi hasil  perkongsian dengan beberapa orang kawan kawan saya mengenai rahsia sihat dan cantik.Kalau kita terlalu fokus semua perkara akan jadi sangat membosankan begitu juga dengan saya. Jadi cara saya belajar ialah dengan cara perkongsian. Alhamdulillah dengan  adanya group whatsapp yang fokus tak lari daripada perbincangan mengenai perkara ini.Walaupun idea asal penubuhan group adalah untuk berbincang mengenai produk shaklee tetapi salah satu perkara yang didapati apabila berbincang mengenai perkara berkaitan shaklee adalah ilmu berkenaan kesihatan dan kecantikan bertambah.Ini kerana produk shaklee adalah produk yang berkenaan kesihatan dan kecantikan.

Belajar Dari Alam Semulajadi.Kesihatan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita di dunia ini.Tanpa kesihatan banyak kepincangan akan berlaku.

Untuk memperolehi kesihatan yang baik kita memerlukan sekitaran yang bersih.Belajar dari alam semulajadi bermakna kita hendaklah sentiasa kembali kepada keadaan yang bersih untuk menjadi sihat dan cantik.Mana mungkin kita akan sihat dan cantik kalau keadaan kita bersifat pengotor atau selekeh.Kita lihat di mana mana ada orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kerosakan atas alam semulajadi tetapi fitrah kejadian alam semulajadi ia akan menyerap semua keburukan tersebut.Sama seperti tubuh badan kita andaikata kita lengah tidak menjaga pemakanan dengan mengamalkan pemakanan sihat,tidak mahu melakukan aktiviti senaman lambat laun tubuh badan kita akan mengalami kerosakan.Jadi pelajaran baru yang dikongsikan kali ini untuk rahsia sihat dan cantik ialah belajar dari alam semulajadi.Fitrah alam semulajadi ialah meyediakan kebaikan dimana mana dengan mudah dan banyak.Kita sediakan tubuh badan kita dengan kebaikan yang banyak melalui pemakanan yang sihat dan bersenam dengan tanpa berkira kira untuk memperolehi sihat dan cantik.

Setenang Air Di Kali.


Korang yang membaca tulisan ini mungkin ramai yang tak pernah merasai.Tetapi saya pernah menikmatinya.Dalam sejuk suasana pagi dikampung pergi ke telaga,perigi atau yang dipanggil kali untuk mandi.Sangat menyegarkan.Begitulah juga dengan rahsia untuk sihat dan cantik.Usahakan fikiran kita supaya setenang air dikali.Walaupun kita hidup didunia yang semakin mencabar.Mendesak kita dengan berbagai mehnah dan tribulasi jangan kita abaikan untuk mencari ketenangan dalaman.Bermeditasi atau berdoa akan refresh atau resetkan dalaman menjadi segar dan bertenaga semula hasilnya ketenangan didapati.Sangat penting untuk mempunyai fikiran atau minda yang tenang.Seperti yang biasa dikisahkan minda yang cerdas menghasilkan badan yang cergas dan begitulah kaitan diantara kedua duanya,badan dan minda saling berkait .Dengan persiapan mental yang kuat apa sahaja kepayahan akan menjadi keringanan.Ini adalah rahsia besar kejayaan yang telah terbukti berkali kali.Jadi untuk mendapatkan sihat dan cantik bolehlah mencuba cadangan kedua akak ni.Dapatkan dahulu fikiran yang tenang dan tidak bercelaru supaya kita boleh untuk fokus kepada usaha untuk lebih sihat dan cantik.

Sebab Dan Akibat.Sentiasalah berfikiran yang baik dan melakukan perkara yang baik baik supaya hasil yang kita perolehi adalah akibat yang baik.

Orang yang rajin berusaha sentiasa akan mendapat keuntungan dan sebaliknya mereka yang beralasan malas dan sebagainya sentiasa akan rugi.Ini adalah sentiasa benar kerana kita berada dialam yang dijadikan dengan bersifat yang begini.Inilah satu lagi rahsia yang akan akak kongsikan dengan pembaca semua rahsia ketiga untuk sihat dan cantik.Kelakuan atas sebab dan akibat yang baik adalah satu sifat yang sangat menguntungkan.Walaupun ada banyak dakwaan yang produk A boleh memberi sebab dan akibat yang sihat dan cantik.Tetapi akak remindkan sekali lagi jangan senang senang percaya.Ada ramai orang yang berniat baik seperti kita,tetapi ramai juga yang niatnya hanya untuk mendapat keuntungan daripada berjualan.jadinya setiasa berfikiran baik dan berjaga jaga supaya apa sahaja cadangan untuk mendapat kesihatan yang baik dan juga penampilan yang cantik tidak diikuti secara membuta tuli sahaja.Kadang kadang memang ada pogram yang baik dan disyorkan oleh orang yang baik tetapi mungkin tak bersesuaian dengan diri kita.Mungkin kekangan faktor kewangan atau masa contohnya.Pun begitu luangkan masa untuk menilai banyak pogram dalam pasaran untuk dapatkan apa yang kita hajati.Dalam shaklee ada pogram yang boleh membantu jadi hello hello kat akak untuk kita bertukar pandangan.Ramai dah jadi geng akak.Dari anak dara,mak kepada beberapa orang anak,bapa bapa yang sibuk yang asalnya stress,juga mereka yang ada berbagai jenis penyakit kami bersama sama berusaha untuk dapatkan keadaan sihat dan cantik sebagai matlamat.Mana yang berilmu share kelebihan mereka.Insyaallah kita boleh mengubah keadaan kita menjadi lebih baik.

Oklah saya ingat sampai disini dahulu.Dilain kesempatan kita bertemu lagi.Jadi jangan lupa,hari ini kita belajar rahsia sihat dan cantik yang cukup mudah.Sentiasa sediakan diri untuk menimba apa sahaja ilmu yang berkaitan,jaga pemakanan yang baik,sentiasa bersenam,berfikiran sihat dan cantik.Dan tentu sahaja boleh bermula dengan pogram shaklee yang tersedia untuk dapat impak yang cukup berkesan.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca,sampaikanlah kepada kawan kawan semoga bertemu lagi dilain kesempatan.

019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

0 comments:

Catat Ulasan