Selamat Hari Guru 2016

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 16 Mei 2016 | 8:10 PG


Assalammualaikum .

Selamat menyambut hari guru untuk semua Guru-Guru di atas bumi yang bertuah ini.


Ibu abah saya adalah guru pertama yang mendidik saya mengenal erti kehidupan dengan penuh kasih sayang. Marah tandanya mereka amat mengambil berat mengenai kita.

Kemudian guru mengaji saya yang mengajar saya mengenal ayat2 suci Al Quran.

Pengajian ditadika yang mengenal huruf2 dan angka2 disusuli ke peringkat sekolah rendah dan menengah. Banyak berjumpa dengan guru2 Hebat dan kawan2 yang baik dari kecil hingga dewasa.

Sehingga sekarang saya masih lagi belajar dengan suami tercinta yang tak pernah jemu mengajar saya sejak 18 tahun yang lalu.

Dalam bisnes shaklee ramai yang menjadi guru saya. Dari semua upline saya dan rakan seperjuangan . Mereka semua banyak membantu dan mengajar saya dalam selok belok dunia perniagaan .

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU GURU SAYA DAN GURU DI DALAM SMT.
semoga cikgu2 semua sihat selalu, dipanjangkan umur, murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat, Aamiin. 

Macam mana nak kenal guru?


Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa

Erti sebenar seorang cikgu

C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(Seloka ini saya ambil dari group whatsapp famili saya)

*Kisah kentut ketika mesyuarat guru.*


Tiba2, terdengar bunyi *"phooooott"* disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

*Pengetua* : *Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke ?..
________________________________________

Semoga kak long Aliah Maisarah , Kak ngah Aliah Yusairah dan kak Damia syafiyyah menghormati dan dengar kata guru mereka.

Banyak jasa mereka mendidik dengan sabar sehingga kita mengenal huruf dan membaca. Patuh lah arahan mereka semoga kalian semua berjaya dunia akhirat.

Apa yang kita tau kita amalkan dan sampaikan pada orang lain.

Mereka bertiga yang paling tak sabar nak bawa hadiah bagi kat cikgu . Tak mahal mana pun. Tapi tanda ingatan dan terima kasih dari kami.

Sekian
UMMI DAMIA ALIAH.

0 comments:

Catat Ulasan