Panduan Menyusu Dan Penjagaan Bayi Pramatang

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 16 Mei 2016 | 10:00 PG

Panduan Menyusu Dan Penjagaan Bayi Prematur

Disebabkan Aliah Maisarah lahir 27 minggu dan beratnya hanya 1.25 kg sewaktu lahir. Saya akan kongsikan cerita mengenai  dia bersesuaian dengan tajuk.

Penantian Selama 5 Tahun Akhirnya Berakhir.


Tak dapat nak dibayangkan apabila pertama kali disahkan hamil. Sudah beberapa kali saya membuat ujian kehamilan sendiri tetapi negative. Memang merasa hampa.Cuba bayangkan ketika saya membuat ujian sendiri dirumah saya tengok ada 2 line. Lepas tu saya minta tolong kawan bawa saya ke klinik kerana suami kursus. Dan bila Doktor sahkan saya hamil bila buat ujian test air kencing kali ke 2 , Saya menangis .Memandangkan haid saya ketika itu tidak teratur jadi Doktor scan untuk mengetahui baby saya berapa bulan.
Ketika ini ada perkara yang buatkan saya lagi terkejut apabila nampak baby saya sudah cukup sifat. Ikut jangkaan Ketika itu baby saya sudah 5 bulan. Ajaib sungguh kerana saya tidak merasa loya atau muntah2 masa awal mengandung dulu. Mungkin ada tetapi saya anggap itu perkara normal untuk wanita yang haid tidak teratur.
Bila usia kandungan saya hampir 7 bulan, ibu menyarankan kami supaya buat kenduri kecil .(lenggang perut)Ikutkan tak nak buat. Tapi bila ibu dah suruh, kami ikutkan aje.saya pun terkedek kedek ikut suami pergi pasar untuk beli barang barang dapur di pasar melaka.
Ketika tu dah mula rasa baby duk kat bawah je. Tapi saya tak hirau kan juga sebab fikir saya baru 7 bulan .Ada banyak bulan lagi nak tunggu  bersalin.
Bila dah beli apa yang ibu pesan kami terus balik kampung. Jangkanya esoknya nak buat kenduri.
tetapi lepas maghrib saya dah rasa tak tentu arah. Sakit pinggang dan perut.
Ketika suami dan abah makan . Saya tak lalu nak makan. Saya baring dan ibu temankan saya.Tetiba ibu menjerit." dak ita nak bersalin gayanya ni. cepat bawa pergi hospital"
Wahh sudah. Suami dan abah tak sudah makan dan terus bawa saya ke hospital. Dalam perjalanan, darah dah keluar banyak. Anak sulong ni lah banyak mengajar kita cara dan tanda-tanda awal bersalinkan.

Mulalah adegan melahirkan Aliah maisarah di Hospital Tangkak.

saya tengok baby saya kecik sangat Dan terus dibawa ke Hospital Muar dengan ambulan untuk rawatan lanjut .Dengan beratnya 1.25 kg pastinya sukar untuk saya lihat keadaannya ketika itu.kesian sangat. Dicucuk jarum di tangan dan kakinya yang halus.Nangis je saya sebab sedih. Esoknya saya dah dibenarkan balik dan anak masih ditahan untuk rawatan.
Ikan parang yang saya beli untuk kenduri digunakan untuk makanan saya dalam pantang. Sibuk sangat nak sangat buat kenduri lenggang perut. Hah memang balik melengang kan.hihi.
Bila di rumah kita memang tak senang duduk memikirkan keadaan anak di hospital. Jarak perjalanan dari kampung ke Hospital Muar jauh juga. Sejam baru sampai. Jadi setiap hari lepas zohor kami akan pergi ke sana untuk menghantar stok susu saya. Ketika ini Aliah akan diberi minum melalui tiup kerana mulut nya kecil lagi.Bergitulah tugasan harian kami.
Disebabkan jarak yang jauh maka kami minta kak long Aliah ditukarkan ke Hospital Mahkota Melaka supaya lebih mudah untuk kami ulang alik hantar susu.
Di hospital mahkota kak long dijaga rapi selama sebulan . Dan sekitar beratnya 2 kg dan sihat baru dibenarkan pulang. selama sebulan itu setiap hari saya dan suami akan berulang alik menghantar stok susu dan menyusukan kaklong. alhamdulillah semasa berpantang suami menjaga saya dan saya dapat uruskan diri dengan baik. tiada perkara yang tidak diingini.

Penyusuan Bayi Prematur

Bayi prematur memerlukan susu ibu untuk tumbesarannya kerana susu ibu adalah yang terbaik dan lengkap nutriennya untuk bayi.  susu ibu memang tersedia sesuai dengan keperluan bayi dan keadaan badan mereka yang sangat rapuh dan imuniti yang rendah.  Mempunyai lebih kalori, vitamin dan protein akan memberi bayi kelebihan untuk pembesaran yang cepat. Selain itu, susu ibu pra-matang juga mengandungi lebih banyak sel-sel hidup untuk melindungi bayi daripada jangkitan.
Sebaik-baiknya lagi bagus bagi terus dari payudara. Tapi kalau kat hospital, biasanya bayi yang kurang 2kg akan ditahan dulu dalam wad bayi. Jadi apa yang kita boleh buat ialah pam susu dan bekalkan pada staff nurse supaya dia dapat beri pada anak kita. Ada masa-masa yang ditetapkan kita boleh minta untuk pegang dan susukan anak. lagipun anak kita perlukan rangsangan untuk cepat membesar,
malah penjagaan bayi pramatang ulit sikit kerana mereka mudah dijangkiti penyakit, dan semasa kecil pun jarang akak bawa kak long keluar tempat awam atas nasihat doktor. alhamdulillah perkembangan nya sama macam anak yang lain. 10 bulan dah berdiri tegak dan bertatih. 
alhamdulillah setakat ini perkongsiaan saya mengenai pengalaman melahirkan, penyusuan dan penjagaan anak pramatang. moga mendapat  menfaat untuk kawan semua.

019 655 0049 Siti Rozita Othman 
019 657 0049 Hj Azizan Bin Ismail

Pengedar Shaklee Melaka ,  Seluruh Malaysia dan Indonesia
COD : Bukit Rambai, Sungai Udang , krubong , Cheng dan sekitar Melaka Tengah
Pos : Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Salam Sayang
Ummi Damia Aliah



0 comments:

Catat Ulasan