Home » , » Petua Hilangkan Pening Ketika Hamil

Petua Hilangkan Pening Ketika Hamil

Written By www.ummisihatcantik.com on Khamis, 4 September 2014 | 11:07 PG

Petua Hilangkan Pening Ketika Hamil , semestinya semua isteri akan gembira apabila disahkan hamil oleh Doktor, kerana anak akan menjadi ikatan hubungan suami isteri dan menjadi tanggungjawab yang besar ibu bapa untuk mendidik mereka. Apabila hamil semua para ibu akan merasa perubahan hormon dalam diri masing masing. ketika awal kehamilan ibu- ibu akan merasa Pening dan loya  hingga membuatkan ibu sering muntah. Perkara ini akan berlarutan hingga 12 minggu kehamilan . Ya.. semestinya itulah yang sedang saya alami sekarang, sakit kepala dan Pening yang amat sangat, hingga nak buka mata pun sakit , apatah lagi nak tengok skrin laptop ni, fuhhh lagilah berpusing2 rasanya kepala ni. Alhamdulillah setelah masuk minggu ke 12 sakit bertambah kurang dan saya dapat atasi semuanya dengan sabar .


Tips untuk mengurangkan sakit dan Pening Kepala

1. Pastikan cukup tidur , tidur pada waktu tengahari dapat mengurangkan pening kepala dan kalau boleh tidurlah dalam bilik yang gelap dan sunyi. tapi bagi akak yang dah biasa dengar suara anak2 ni, dah jadi sebati lak, dah macam halua telinga pulak, kalau senyap , akak lak risau.

2. Bagi sesetengah wanita pengerakan fizikal yang sederhana dapat membantu masalah sakit atau pening kepala. tetapi jika kita bersenam buatkan bertambah pening jangan teruskan ye, takut jatuh lak nanti. kak ita tak boleh buat regangan ni, terus rasa pening nak pitam .

3, Banyakkan minum air masak bagi mengelakkan dehidrasi, maklumlah kan waktu ni memang kerap sangat muntah , jadi pastikan kita minum sedikit sedikit dan kerap untuk elak muntah dan terkencing kencing . kadang - kadang bila kena muntah dan terkencing2 ni rasa nak duk dalam bilik air aje kan... tapi bagi akak , bagus juga bila dah muntah tu, kita mandi terus, basuh kepala perlahan2 . bila dah mandi mesti rasa lega sikit pening .

4. Akak suka urut2 bahagian bahu , tengkok dan kepala, memang rasa lega sangat bila dah sendawa tu. bukan apa bila kita muntah2 ni , mula lah angin masuk, badan dah tak tentu arah rasa, sakit sana sini, pening jangan cakaplah, menangkap kat kepala.Jadi jangan tak makan lak tau, makan lah dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. 

5.Perkara yang penting, kita haruslah banyakkan bersabar, redha dan terima bahawa sakit ni penghapus dosa kita, banyakkan berfikir positif dan banyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah agar dapat dikurangkan kesakitan kerana Allah yang Maha Menyembuhkan.

6.  Sebenarnya ketika pening dan mual sekarang , akak amalkan juga makanan tambahan shaklee.
Alhamdulillah tidaklah teruk sangat mabuk ni seperti akak mengandungkan anak yang sudah, iyalahkan anak nak masuk 5 ni, makanan kena jaga juga, untuk bagi badan sentiasa kuat dan bertenaga.tambah nak melayan kerenah 4 anak -anak yang makin membesar.

peppermint ginger untuk buang angin dalam badan
Setelah sarapan pagi saya akan makan 3 biji peppermint ginger dan sebiji omega, alhamdulillah selepas tu mulalah angin kus kus keluar , lega rasanya badan. pening pun dapat dikurangkan.
Saya dapat rasakan perbezaan ketika mengandungkan anak sebelum makan vitamin dengan mengandungan anak yang makan vitami shaklee ni, badan merasa sihat  dan cergas, bayi pun sihat. syukur Alhamdulillah. Jika Tuan nak hadiahkan untuk isteri dan ibu nak beli untuk diri sendiri , sila hubungi saya ye,
setakat ni dulu , nanti akak bagi tips yang lain pula ye, jumpa lagi nanti, wsalam.

set ibu hamil

019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah


2 comments:

  1. Peppermint ginger ni kita boleh rendam dalam air suam dan minum. Saya sekarang dalam pantang dan suka buat sebagai minuman . Segar rasa badan bila minum air peppermint gingger lepas berutut. Selalunya saya letak 3 biji dalam secawan air suam.

    BalasPadam
  2. Peppermint ginger ni kita boleh rendam dalam air suam dan minum. Saya sekarang dalam pantang dan suka buat sebagai minuman . Segar rasa badan bila minum air peppermint gingger lepas berutut. Selalunya saya letak 3 biji dalam secawan air suam.

    BalasPadam