4 Rahsia Bagaimana Kekal Sihat.

Written By www.ummisihatcantik.com on Selasa, 16 September 2014 | 11:39 PTG

4 Rahsia Bagaimana Kekal Sihat. Assalamualaikum.....

Apa khabar kawan kawan akak semua.Semoga semua dalam keadaan yang baik bergembira dan kekal sihat dengan apa sahaja aktiviti yang dilakukan.Didalam suasana menyambut Hari Malaysia tentu sahaja kita gembira dengan cuti yang diberi.Pun begitu hadirkanlah sedikit perasaan bersyukur dalam hati tentang hari yang begitu bermakna kepada kita sebagai individu di negara yang bertuah ini.Sekurang kurangnya ucapkanlah syukur didalam hati dan insaf akan kurniaan dari ilahi ini.

Sebelum jauh dibuai perasaan berbalik kepada perkongsian akak hari ini,sukalah akak bersama sama sidang pembaca sekalian untuk berkongsi pengalaman akak tentang bagaimana akak cuba untuk kekal sihat dengan beberapa cara yang menjadi amalan akak selama ini.Alhamdulillah semenjak fokus kepada amalan amalan ini akak rasa bertambah sihat dan jarang dihinggapi penyakit.
Pertamanya akak fokus kepada apa yang akan akak makan.Tidak seperti dahulu akak sekarang lebih prihatin tentang apa yang akak makan.Seboleh bolehnya akak akan kurangkan makanan berlemak dan berminyak.Akak akan bermula dengan makanan yang seimbang.Mengambil hidangan dengan piramid yang betul.Lebihkan sayur sayuran juga buah buahan didalam diet seharian akak.Akak juga minum air dalam kuantiti 3-4 liter sehari.

Selain itu perkara kedua yang menjadi rahsia akak kekal sihat seperti sekarang ini ialah akak cuba berperasaan positif setiap masa.Alhamdulillah memang akak rasa perubahannya.Tidak seperti dahulu sekarang ini akak lebih tenang bila berhadapan dengan apa apa masalah sekalipun.Inilah kesan ilmu dan bergaul dengan kawan kawan yang baik.Walaupun sesekali ada juga yang buat hilang sabar tetapi bila kita belajar berperasaan positif kita akan lebih tenang.Perkara ini perlu diusahakan dengan sabar.Supaya ia sebati dengan diri kita.

Perkara ketiga yang menjadi rahsia akak.Bagaimana akak boleh steady macam ini ialah akak utamakan rehat yang cukup dan bersenam pada masa masa yang boleh.Faham ajalah dengan anak 4 orang yang sedang membesar dengan kerja rumah yang tak pernah habis tentu sahaja susah untuk akak ambil masa untuk melakukan senaman.Pun begitu didalam sela sela masa 10-15 minit dalam sehari mana mana yang boleh akak praktiskan senaman regangan.Walaupun akak tahu ia tak mencukupi tetapi akak buat mana yang mudah.Ialah bukan senang hendak kekal sihat,jadi buat apa yang mampu dan mudah kita lakukan.Tak dapat semua sikit pun jadilah.

Haaa...macam mana kawan kawan.Sebenarnya senang nak kekal sihat bukan susah sangat pun.Yang penting ada kesungguhan.Jangan hangat hangat tahi ayam.Buat seminggu dua lepas tu balik kepada asal.Setiap usaha pasti ada hasil.Kadang kadang jelas kadang kadang kabur.Pun begitu istiqamah dan jangan lupa doa.Kesihatan ni amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga.Kita kadang kadang lupa pasal perkara ni.Hentam sahajalah tak apa...jadi jangan begitu bermula sekarang jaga kesihatan diri kita sendiri secara serius.

Perkara terakhir yang menjadi amalan akak 2 tahun kebelakangan ini yang menyebabkan akak kekal sihat dengan izin Allah ialah,akak mengambil produk shaklee sebagai makanan tambahan.Akak bermula semasa menyusukan Damia anak ketiga.Masa itu minum ESP untuk menambahkan susu badan.Selepas mendapat tahu tentang produk yang lain dalam shaklee akak telah mencuba dan alhamdulillah sesuai dengan akak.Sehingga sekarang suami akak yang memang kelat tak suka produk produk kesihatan seumpama shaklee suatu masa dahulu,sekarang ini dialah yang terlebih makan pula.Kami sekeluarga suka mengambil produk produk shaklee ini sebagai makanan tambahan.Kawan kawan pun boleh mencuba juga.Manalah tahu kalau sesuai.Oklah sampai disini dahulu,jumpa lagi dilain masa.Sama sama kita menjaga kesihatan diri kita semua,mudah mudahan kekal sihat.Wassalam


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya
019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

    







  

0 comments:

Catat Ulasan