Home » , » Kelas Leader Supermom selatan Melaka. Hebat.

Kelas Leader Supermom selatan Melaka. Hebat.

Written By www.ummisihatcantik.com on Ahad, 27 November 2016 | 12:29 PTG

Alhamdulillah. Sampai sekarang rasa satu kepuasan  bila teringatkan kelas leader Selatan semalam. Seronok sangat dapat jumpa mami Hadhatina Mkb dan serap banyak ilmu dari para  leaders & SID hebat.


5 perkara saya Belajar
****************************
1. Teruja sangat bila dengar sharing dari 3 speaker hebat berkongsi tips mereka.
A) MALAS & SMART
Dalam bisnes ni nak malas boleh tapi kena bijak dalam apa sahaja yang kita lakukan. Pantang mengalah bila kita DICABAR, bangkit dan buktikan kemampuan kita.

2. Jadi leader ni macam pemandu bas. Kita kena tau macam mana nak jalankan bas tersebut. Cara kawal Stereng nya,  kelajuan , minyak dan break nya . kita yang tentukan bas itu bagaimana nak sampai ke destinasinya (matlamat bisnes kita/arah tuju group kita)


3. Keceriaan
Dengan para peserta dan emcee yang gila2 memang menambahkan keceriaan kelas semalam. Dari ada yang mula malu2 terus rasa semangat. Bukan mak2 aje yang seronok tau. Anak2 pun sama. Macam2 ragam anak2 semalam. Walaupun baru kenal dengan kawan2 yang lain tapi mereka dah mula bermain bersama. Bukan itu sahaja dalam masa yang sama kita sudah mula serapkan nilai2 positif dalam diri mereka. Mereka sudah mula berjinak2 dalam dunia perniagaan. Semoga anak2 semua mendapat belajar mengenai keyakinan diri dan jangan mudah putus asa di bawa kepada pembelajaran meraka kelak.


4. Aktiviti game masteria.
Game yang paling seronok . Nak tentukan siapa pemenangnya. Jadi master tau. Walaupun dari mata kasar nampak macam game biasa sebenarnya ianya sangat luar biasa. Disebaliknya banyak perkara yang harus di lalui dan tempuhi sebelum berjaya.


5. Rancang dan buat.
Rezeki saya dapat hadiri kelas ni kerana awalnya nak buat di JB. Sebenarnya belum pernah sampai ke sana. Tapi disebabkan hal2 tertentu di buat di melaka. Saya yang rasa sangat bersyukur kerana memang tau suami kerja. Kalau jauh2 memang tak dapat pergi. Melainkan kelas tersebut memang kena pada hari cutinya. Tu kira nasib baik. Macam hari sabtu minggu depan. Memang betul2 hari cuti. Dapat lah join kelas di petaling jaya.

Apa pun kita harus ceria hadapi setiap cabaran . Sebab nak tarik aura positif dan rezeki kena ceria2 selalu. Sambil2 amalkan vitamin shaklee kita hadam apa yang kita makan tu. Jaga hati dan serahkan bulat2 kepada Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.Aamiin.

semoga berjumpa lagi Team smt dan supermom selatan. Luv u ketat2.

#smt
#sinergimuslimahterhebat
#supermomselatan



0 comments:

Catat Ulasan