Home » » Kemana Selepas UPSR?

Kemana Selepas UPSR?

Written By www.ummisihatcantik.com on Khamis, 19 November 2015 | 8:34 PG

Kemana Selepas UPSR?

17hb  november 15. Tarikh UPSR kak long  keluar. Ummi dah tak tentu arah. Sampai demam lah dibuatnya. Punyalah risau kan.
Pagi tu ummi tak dapat hadir ke sekolah sebab huzaifah pun demam. Asik merengek je. Lagipun huzaifah baru 8 bulan. Husna dan damia pun kecik lagi. Jadi ummi buat keputusan hanya menunggu di rumah aje.
Ayahnya pun kerja. Maklumlah tengah shutdown. Kerja pun banyak.

Akhirnya sebelum tengah hari ayah dah bagitau ummi keputusan kak long. Check melalui sms. Perlahan je suara ayah di hujung talian.  "Aliah dapat 2A 3B" .
Nak nangis pun ada. Walaupun ada sedikit terkilan tetapi kami terima dengan tabah dan tau kak long dah buat sehabis baik. Memang tak terjangka keputusan begitu tetapi kami tetap redho.ada 4 orang lagi yang nak kena hadap keputusan upsr ni. Terus kepala duk pusing-pusing mana sekolah nak hantar. Impian kak long untuk menjadi hafizah adakah terkubur ? Kerana kebanyakan sekolah tahfiz perlukan result paling kurang 4A 1B. Wahhh. Ummi dah ligat pusing kepala memikirkan nya.

Dirumah, ummi asik terkenangkan kak long. Bagaimana keadaannya bersendiri mengambil keputusan. Masa tu Mesti dia takut nak balik kan. Maklumlah ummi dia ni kan garang.  Anak 5 mesti lah kene garang. Tengok mak singa. Ada masa garang. Ada masa boleh main kejar2 dengan anak . Betul tak.

Sewaktu kak long balik dari sekolah. Langkahnya agak perlahan untuk masuk kedalam rumah. Terus terpancul dari mulutnya. "Ummi dah tau kan kakak dapat berapa"
Saya hanya mampu bercakap . Kita cari sekolah yang terbaik untuk kakak setakat ni. Mungkin agak susah juga tapi usaha harus ada.
Malam bila ayahnya balik. Mulalah drama air mata. Betul lah kan. Manja anak perempuan ni lebih dengan ayah nya. Walaupun sudahnya kak long datang kat ummi lagi minta di peluk.
Memang agak berat bahunya memikul dan seharusnya ummi dan ayah membantu sama meringankan nya. Jangan terus mengkeji dan menjatuhkan tetapi harus bagi keyakinan diri. Perjalanan harus di teruskan dan banyak lagi onak yang harus di tempuhi. Begini lah kehidupan duniawi.

Motivasi menyakinkan Diri


Sebenarnya, terpangil saya nak kongsikan kisah ni sebab rasa berbesar hati kerana mendapat kata-kata semangat dari rakan- rakan facebook saya. Saya rasa mesti buatkan 1 entry untuk kak long baca kemudian hari. Kalau di facebook mungkin  akan lenyap  begitu sahaja. Tapi di blog ni sampai bila - bila dia akan dapat membacanya dan menjadikan inspirasi Dan adik-adiknya juga pun dapat motivasi disini. Setiap perkara jangan dipandang mudah dan harus bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.






Kehidupan Harus Diteruskan Dengan Usaha lebih Gigih 

Kata-kata semangat dari kalangan mereka  yang hebat amat diperlukan ketika ini. Dan bukan saja dari ahli keluarga tetapi rakan taulan. Dapat menaikkan semangat diri untuk lebih maju di masa depan. 

Semoga Kak long dapat Sekolah yang baik nanti dan ummi dan ayah akan sedaya upaya untuk membantu kak long dalam mencapai impian kak long. Upsr adalah permulaan untuk mengenal erti kehidupan awal persekolahan yang penuh lagi dengan peperiksaan yang penting. Selepas ini kak long mesti lebih usaha dengan gigih untuk mengapai cita-cita. 

Salam sayang untuk anak-anak ummi yang dikasihi. Jadikan setiap kata-kata di atas sebagai penguat jati diri untuk Terus bangkit dan maju kehadapan. 
Begitu juga untuk anak2 ummi diluar sana. Tahniah untuk mereka yang mencapai keputusan cemerlang dan yang kurang bernasib baik ambillah Setiap kata2 diatas untuk kamu juga ye. Upsr bukan titk noktah. Tetapi permulaan untuk kita . Jangan terus menangis dan gusar kerana setiap kejadian pasti ada hikmah Nya. Dekat diri pada Yang Maha Mendengar dan Segalanya telah tertulis dengan KehendakNya. Allah lebih memgetahui. Allah nak bagi yang terbaik untuk kita. In Sha Allah. 




0 comments:

Catat Ulasan