Home » » Tips 3 Rahsia Penting Untuk Kekal Sihat Dengan Bersenam

Tips 3 Rahsia Penting Untuk Kekal Sihat Dengan Bersenam

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 6 April 2015 | 6:41 PTG

Tips 3 Rahsia Penting Untuk Kekal Sihat Dengan Bersenam


Assalamualaikum,

Sidang pembaca yang dihormati semoga semua dalam keadaan sihat dan bergembira dengan aktiviti seharian.Walaupun mungkin ada yang tidak bergembira atas apa apa alasan tetaplah kena diingatkan masalah akan sentiasa datang dan pergi.Bersabar sehabis boleh dan ingat kesihatan tetap kena diutamakan agar kehidupan seharian tidak terganggu.Dikesempatan kali ini abang haji ingin berkongsi 3 rahsia penting kenapa perlu bersenam.

Senaman mungkin perkara terakhir yang akan dilakukan oleh seseorang yang tidak mahu mengambil pusing akan kesihatan yang mungkin sihat sihat sahaja ketika itu.Tetapi tahukah kita bahawa senaman adalah perkara yang selalu berada pada kuadran yang tidak segera tetapi sangat penting.Dengan 2-3 kali seminggu selama lebih kurang 30 minit akan memberi manafaat yang banyak kepada seseorang untuk jangka masa yang panjang.

1.Bukanlah cakap-cakap kosong tetapi bersenam dengan kaedah yang betul sama ada berjalan ,berlari berbasikal atau berenang akan meningkatkan serta membaiki aliran oksigen,darah dan juga zat nutrient yang dimakan.Tekanan darah menjadi stabil menyebabkan organ organ didalam badan seperti otak,hati atau otot-otot lain membaiki dan menguatkan fungsi mereka.


2.Dengan senaman yang berterusan juga akan meningkatkan keupayaan regangan dan melonggarkan otot otot yang tegang atau ketat.Dan sukalah diingatkan supaya mendapat nasihat yang betul dari personal yang bertauliah atau berpengetahuan sebelum memulakan sebarang pogram untuk mengelakkan kecederaan.

3.Dan akhir sekali dengan bersenam juga akan memberi kelegaan kepada seseorang kerana secara alaminya endorphins iaitu sejenis rembesan akan menyebabkan perasaan lega disebabkan ia bertindak sebagai penenang semulajadi apabila seseorang itu bersenam.



Sebagai kesimpulannya walau apa pun alasan ambillah masa untuk mulakan aktiviti yang berfaedah dan bermanafaat ini.Apa lagi sidang pembaca ingat kesihatan sentiasa ingat 3 rahsia penting kenapa bersenam. Selamat bersenam......

TQVM kerana membaca,dilain kesempatan kita berjumpa lagi.

kepada rakan bloger semua jika ada tips bersenam yang selalu anda lakukan boleh kongsikan disini Ye. Terima kasih.

Wassalam.

Azizan Bin Ismail

0 comments:

Catat Ulasan