Home » » Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Written By www.ummisihatcantik.com on Sabtu, 4 April 2015 | 5:46 PTG

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,

“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

petikan dari facebook tanyalah Ustaz

Alhamdulillah saya mempunyai 5 anak dan kesemuanya perempuan.  yang sangat saya sayangi dan bangga dengan mereka semua. Ketika saya menulis entry ini. Saya sedang berpantangkan Damia Huzaifah hari ke 30.









baru lepas mandi. Bukan main sedap huzaifah tidur.

Bila dah ada anak perempuan . Mesti keinginan kita hendak anak lelaki juga. Tetapi kami sudah usaha hanya Allah yang menentukan yang terbaik untuk kami suami isteri. Jadi anak yang telah dianugerahkan harus di jaga sebaik mungkin. Ini amanah untuk kami. Semoga mereka berlima dapat menjadi hafizah dan berjaya dunia dan akhirat , Aamiin,.Inilah impian kami untuk mereka.

Masa lahirnya Damia Husna pada 8 mei 2013 kami dah mula merancang, tetapi semua Aturan dari Allah, kami dianugerahkan seorang lagi bayi comel yang sangat kami sayangi dan di namakan Damia Huzaifah, Saya nak bagi nama hani huzaifah tetapi kak long dan kak ngahnya bertegas nak nama 'Damia" juga, ikut juga lah kan. gitulah kalau dah anak yang makin membesar ni,  kena mesyuarat dan minta pendapat semua.

anak2 saya dengan mak ngah mereka
Masa ni saya sedang mengandungkan huzaifah. mak ngah dan pak teh nya datang rumah bawa kek dan macam2 makanan untuk sambut hari kelahiran damia syafiyyah. Damia memang agak rapat dengan mak ngah nya. tengok lah tu. Asik berkepit je .

Nampaknya lepas ni kami tunggu pinangan menantu ajelah kan. Mana tau semua menantu saya nanti para Hafiz dan iman Muda. Aamiin. Anak cenonet lagi dah fikir nak menantu ustaz ye . hahahaha. Doa tu pentingkan., 

ini pun saya tulis untuk anak2 gadis saya ni. satu hari nanti mereka pasti akan buka laman web ni dan baca apa yang ummi nya tulis. dan saya ingin mereka tau yang besar harapan saya untuk mereka berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang solehah. Jika kerjaya seorang Doktor mesti sudah menghafaz Al quran.Kerjaya atas pilihan masing-masing tetapi hafizah paling utama. Besar kasih sayang kami suami isteri untuk mereka. Tengok bulan bintang di langit yang tinggi, bergitu tinggilah kasih sayang dan harapan kami,, jangan persiakannya ye anak-anak ummi sayang.

UMMI sangattt sayang dan bangga dengan mereka berlima. Aliah Maisarah, Aliah Yusairah, Damia Syafiyyah , Damia Husna, Damia Huzaifah. Ya Allah , semoga impian kami akan terlaksana.

opppss. Nak vitamin Shaklee sila hubungi saya ye

019 655 0049 Siti Rozita Othman
019 657 0049 Hj Azizan Bin Ismail

SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia
COD : Bukit Rambai, Sungai Udang , dan Cheng
Pos : Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Salam Sayang
Ummi Damia Aliah 


0 comments:

Catat Ulasan