Home » » 8 Adab Mandikan Bayi Dalam Pantang

8 Adab Mandikan Bayi Dalam Pantang

Written By www.ummisihatcantik.com on Rabu, 8 April 2015 | 11:05 PTG

Petua Mandikan Bayi Dalam Pantang.



Hari ni saya  share 8 adab mandikan bayi yang baru lahir. 

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. 

Tapi ramai juga antara kita yg tak pasti dengan cara dan tatacara memandikan bayi baru lahir dari umur sehari sampai ke 40 hari.

Mengikut kajian, dalam tempoh ini, kaedah mandikan bayi memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Untuk mandi pagi - seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, sebab pada waktu ni fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. 

Boleh gunakan air suam untuk mandikan bayi.

2. Boleh mulakan siraman pertama di belakang baby secara perlahan-lahan, kemudian baru siramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Gosok dan belai tubuh bayi dengan lembut masa mandikan dia. 

Belaian dan gosokan lembut akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Boleh juga gosok badan bayi dengan sabun bayi yang wangi tu...

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. 

Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tak masuk ke dalam lubang telinga baby. 

Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, boleh gunakan tangan untuk gosok dahi bayi.


5. Sebaiknya tugas mandikan bayi biarlah dilakukan oleh ayahnya. Sambil mandikan baby, boleh zikir dalam hati - Ya Latif, Ya Hadi. 


Tapi kalau ayah dah pergi kerja, ibu yang mandikan pun okey je. Nanti time ayah cuti boleh take over semula..hehe :)

6. Elakkan dari siram air pada muka bayi. Takut nanti air masuk dalam lubang hidung dan bayi lemas. 


Air yang masuk dalam hidung juga boleh sebabkan hidungnya lembap. Nanti senang kena selesema atau jangkitan kuman pula kat baby.

7. Pada siraman terakhir, siram ke atas dada seterusnya turun hingga ke bawah. 


Elakkan dari sapu sabun di bahagian depan badan bayi. 

Sebab air dan sabun boleh sebabkan bahagian pusatnya lembap. Nanti lambat pula tali pusat baby tanggal. 

Ramai yang rasa ngeri part nak handle tali pusat yang lambat tanggal ni . betul tak ?. 

Risau takut tiba-tiba tak sengaja tersangkut kat tangan kita... Kesian baby nanti kesakitan.. huhu..

8. Dah selesai mandi, boleh lah lap seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. 


Mulakan lap dari kepala, terutama pada ubun-ubun bayi. 

Pada usia dalam pantang, ubun-ubun bayi lembut lagi. Jika dibiarkan basah, takut jejaskan paru-paru bayi. Jadi pastikan ubun2 baby di lap sampai kering ye. 

Bila dalam pantang ni, memang seronok kongsi cerita apa yang sedang saya lalui sekarang ,semoga menjadi panduan untuk ibu muda sekalian. InshaAllah dalam masa terdekat , saya akan kongsikan tips ketika berpantang sendiri, pastinya ramai dikalangan kita yg berpantang sendiri kan. ikuti cerita saya seterusnya ye. jumpa lagi, wassalam.

salam sayang
Ummi Damia Aliah

0 comments:

Catat Ulasan