Home » , » Tips Perjalanan Jauh Dengan Anak Kecil

Tips Perjalanan Jauh Dengan Anak Kecil

Written By www.ummisihatcantik.com on Rabu, 8 Oktober 2014 | 7:27 PG

Tips Perjalanan Jauh Dengan Anak Kecil


Pada kali ini akak nak kongsi cerita berkenaan tip persediaan yang perlu untuk perjalanan jauh. Semenjak kebelakangan ini kami sekeluarga kerap berulang alik kesana kemari pada hujung minggu. Perjalanan taklah sampai sehari semalam, tetapi all round hampir seluruh semenanjung kami pergi. Maklumlah dengan anak anak yang agak ramai dua yang masih kecil, 1 dan 3 tahun. Juga dua orang lagi dikira sudah besar 10 dan 11 tahun sudah tentu banyak persediaan yang akak kena buat dan sudah tentu ada yang nak tahu apa cara mudah akak menguruskan mereka sebelum bergerak.

Persiapan Awal Sebelum Perjalanan Jauh.


Inilah perkara terpenting .Akak akan pastikan semua ahli keluarga dalam keadaan sihat. Manalah tahu kalau demam atau sebagainya tentu tak sesuai untuk berjalan jauh.Selain itu akak akan tengok secara keseluruhan apa yang diperlukan sepanjang sebelum dan semasa perjalanan. Ongkos yang mencukupi, masa yang bersesuaian dan kenderaan yang dalam berkeadaan baik adalah kemestian. Serba sedikit knowledge tentang tempat yang akan ditujui adalah antara perkara yang biasa akak buat. Tanya kepada sesiapa yang biasa ke tempat tersebut.Pastikan juga semua barang yang hendak dibawa.Dengan persiapan awal kita dapat menghindarkan perkara yang akan menyusahkan diri kita.Tak kisah berapa lama kita akan berjalan yang penting kita buat persiapan awal.

Letakkan pada tempat yang betul.


Ini satu lagi perkara yang penting diingatkan sebelum kita memulakan perjalanan yang jauh.Macam kes akak dengan dua anak kecil tentu sahaja keperluan mereka sangat penting.Akak kena tentukan apa dan dimana untuk dapatkan keperluan anak anak yang kecil tersebut.Mereka akan menggunakan lampin pakai buang atau mahu menyusu botol,jadi kena ada tempat keperluan begitu.Bia bila masa akak kena tahu dimana nak ambil untuk dapatkan keperluan anak anak akak..Dan begitu juga dengan keperluan yang lain.Contohnya beg yang mengandungi dokumen penting mesti kena ada pada tempat yang paling selamat pada kita.Kalau hilang tentu susah dibuatnya.


tips perjalanan jauh
hah ... tengok beg ni. banyak kan. macam2 ada. dalam beg  warna putih shaklee ada telekung dan sepasang baju ummi  juga beberapa vitamin Shaklee yang wajib kami bawa, contohnya nutriferon, omega , vitamin C , vitalea dan ostematrix. (ini sebahagianya sahaja) 
beg oren tu khas pakaian kak ngah dan kak long, beg susu husna, beg comel mickey tu untuk damia dan husna , padat dengan baju dan pempers dan dan beg sandang hitam tu, laptop akak.

Rasai keseronokan.


Kalau tak rasa seronok nak berjalan elok tak payah pergi. Melainkan terpaksa,contohnya kerana sesuatu urusan penting mahu tak mahu terpaksa juga pergi.Selalunya akak akan pastikan anak anak tak bosan sepanjang perjalanan.Biasanya masa yang kami ambil untuk sampai ke sesuatu destinasi lebih lama dari yang biasa dibuat oleh orang lain.Ini kerana kami banyak berhenti.Budak budak mereka aktif mereka tak betah duduk setempat dan kadang kadang naik marah juga dengan karenah mereka,Itu pasal bagi akak biar mereka aktif, akak akan ok walaupun kadang kadang berhenti sampai satu jam tak berbuat apa apa pun melainkan melihat mereka bermain main dikawasan rehat dan rawat yang ada permainan kanak kanak.


Faktor keselamatan.


Sebenarnya dimana manapun ada bahaya.Lebih lebih lagi bila bersama anak anak yang ramai dadalam sesuatu perjalanan.Bermain benda yang berbahaya atau yang tak sepatutnya sebagai contoh.Tentu sahaja kita kena lebih peka.Akak memang tak berkrompomi bila berkaitan keselamatan.Memang jadikan habit semenjak dahulu apa yang tak boleh memang tak boleh.Habis cerita.Kalau kita lengah kita juga akan menyesal bila terjadi sesuatu yang buruk.Tapi kalau kita bersedia perkara tak baik katakan berlaku juga mungkin atas faktor lain,setidak tidaknya bukan kerana sikap kita.Apa apa pun selalulah melihat apa apa yang boleh menyebabkan bahaya sepanjang perjalanan apabila kita bersama anak anak.

Begitulah serba sedikit tip yang dapat akak kongsikan bersama sidang pembaca berkenaan perjalanan jauh bersama anak anak yang ramai.Semoga kemana sahaja destinasi pembaca bersama anak anak yang ramai dipermudahkan dan mendapat perlindungan dari Allah yang maha besar. Tip itu bolehlah diambil sebagai pedoman dan dikongsi bersama orang lain.Sehingga bertemu dilain kesempatan dengan tip yang lain pula.


Sekian wassaalam.      

salam sayang
Ummi Damia Aliah






2 comments:

  1. Ummi,kalau saya..esok nak jalan..mlm nie harus semua sudah siap..barulah xde brg yg tinggal kann..dari brg sekecil2nya hga la brg ke bsr2nya..tp tue lah..emak2 nie la yg kne ingat semua tue..hehe..apak ea tlg angkat brg masuk dlm keto boleh laa..hee..

    BalasPadam
  2. betul tu siti khadijah. kena siapkan awal sebelum bergerak. takut ada barang penting yang tertinggal .

    BalasPadam