Home » , » Buku Motivasi Terbaik Dipasaran, Pilihan Bijak .

Buku Motivasi Terbaik Dipasaran, Pilihan Bijak .

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 6 Oktober 2014 | 7:27 PG

Buku Motivasi Terbaik Dipasaran, Pilihan Bijak.


Buku begitu besar sumbangannya kepada kehidupan manusia.Kalau kaki membaca dimana mana pun tak lekang dari buku.Banyak betul buku yang seronok untuk dibaca.Pergi sahaja ke kedai kedai buku atau ke pesta pesta buku bermacam macam jenis bahan bacaan boleh dijumpai.Dikatakan bangsa yang membaca adalah bangsa yang menguasai peradaban.Tengok sahaja sejarah,mereka yang berilmu sentiasa menguasai peradaban yang hebat hebat.Memang best kalau cakap bab buku dan juga ilmu ini.

Buku kawan terbaik.


Sekali lagi bersua diruangan yang cukup mengujakan akak.Menulis didalam blog yang bukan sahaja menjadi kesukaan akak malah terasa cukup santai mereleasekan tekanan juga dapat berkongsi cerita.Memang besar manafaat teknologi yang datang kepada kita ini.Maklumat semua dihujung jari dan itu pun sebenarnya adalah kerana natijah dari ilmu teknologi.Kalau bukan kerana ilmu yang tersimpan sebagai buku yang digunakan oleh mereka mereka yang hebat ini tentu sahaja kita tak akan berjumpa seperti ini.Yang sebetulnya akak nak share berkenaan pilihan buku yang terbaik yang ada dipasaran.Akak jenis suka membaca buku buku yang santai bukan yang teknikal atau yang penuh dengan angka angka.Rasanya ramai diantara kita pun begitu juga.Itulah pasal akak senang tenggelam akak mengantuk kalau baca jenis yang berat berat tu.

Buku Motivasi terbaik di pasaran

Berfakta sebagai rujukan.


Sebenarnya bacaan yang terbaik adalah bacaan yang begini.Bukan sahaja berfakta tetapi mampu untuk dibuat rujukan.Senang cakap mereka bukan setakat menulis tetapi bertanggungjawab atas fakta yang mereka kongsikan.Selalunya mereka membuat penyelidikan sebelum menulis.Mereka yang begini selalunya adalah golongan profesional yang menulis sesudah menyelidiki sesuatu perkara dan faham benar apa mereka tuliskan.Jadi akak pun mulalah meniru perbuatan mereka iaitu berkongsi apa yang akak tahu dan apa yang akak sudah lalui.Setidak tidaknya akak faham benar apa yang akak tuliskan.Seperti yang selalu kita diberitahu kalau nak berjaya dalam apa apa bidang sekalipun ikuti mereka yang telah berjaya nescaya kita akan berjaya seperti mereka.Pun begitu akak masih baru jadi suka kalau ada yang menunjuk ajar.

Boleh diadaptasi atau diamalkan.


Selain itu satu lagi kelebihan buku buku terbaik  yang berada dipasaran adalah buku buku yang boleh diambil pengajaran daripadanya untuk dipraktikkan.Tak kisah apa bidang yang berkaitan sama ada motivasi atau kewangan atau apa apa sahaja.Yang penting bukan sahaja penyampaian yang berkesan tetapi boleh membuat pembaca mudah untuk mengamalkan apa yang ditulis.Mungkin bukan pada masa sekarang tetapi kesan yang ditinggalkan mampu menyebabkan pembaca mengikuti apa yang ditulis suatu masa nanti.Maknanya ia boleh memberi kesan yang mendalam kepada pembaca.

Diulang cetak berkali kali.


Dan untuk mengetahui yang sesebuah buku itu adalah buku terbaik dipasaran dan adalah dengan ramainya pembaca buku tersebut.Selalunya buku buku yang baik begini akan berulang kali dicetak kerana permintaan yang tinggi dan masa buku buku tersebut berada dipasaran menjadi singkat.Jadi bila ada tip tip yang akak nyatakan fahamkanlah yang buku tersebut adalah antara buku yang baik untuk dibaca.Walaubagaimana pun tip tip atau petua yang akak kongsikan ini hanyalah pemerhatian akak sahaja jadi sudi sudikan untuk dikongsi kalau ada manafaatnya.

antara buku kami beli

Damia memang suka buku.pantang bawa kedai buku. mesti ada untuk dia
Sekian wassalam.

Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

0 comments:

Catat Ulasan