Home » , » PENTING NYA DOA YANG BAIK-BAIK KETIKA MUSAFIR.....

PENTING NYA DOA YANG BAIK-BAIK KETIKA MUSAFIR.....

Written By www.ummisihatcantik.com on Ahad, 23 Februari 2014 | 12:56 PG

Assalammualaikum sahabat sekalian 

Hai... jumpa lagi,harap semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera hendaknya.Hari ini saya nak bercerita mengenai sambal masak.ada sesetengah tempat panggil  sambal daun kayu.tak kisahlah apa namanya yang penting dalamnya mesti ada tempoyak, serai, santan,petai dan pucuk ubi.
ikut kan berbagai2 jenis daun ulam dimasukkan bersama ramuan.sehingga 40 jenis ulam..hah bayangkan.mesti bestkan.

mau cantik ,ESP, vivix , rawatan kanser,set susu ibu mengandung

Sambal masak/sambl daun 

Apalah agaknya kisah sambal masak dalam aktiviti bershaklee ummisihatcantik ni kan. Entah macamana satu kejadian yang berlaku baru-baru ni memberi kesan agak mendalam kepada saya .Lebih kurang begini ceritanya,semenjak bersama suami 16 tahun lepas,makan memang mudah,apa saya masak akan dimakan sahaja,tak banyak karenah.Apalagi kalau balik rumah  mak @ mertua,apa yang mereka masak selalunya berselera sahaja sedap,jarang yang tak sedap.Agaknya memang tekak steady jadi faham-faham sahaja.

Banyak resipi yang mak mertua ada,sambal masak adalah salah satu antaranya,dan masakan ini adalah kegemaran suami saya.Sebelum kahwin saya tak pernah kenal pun sambal masak.

ummisihatcantik,omega vivix ESP

pulut dan sambal petai

Berbalik kepada cerita asal,hujung minggu dulu,kami sekeluarga planning untuk ke The Mines KL untuk pergi ke pesta buku.Bebudak ni biar dia suka dengan buku kata abang mengingatkan saya agar anak anak suka membaca buku.Habis kerja shift malam,abang off kita ke KL.Nak jadi cerita,anak datuk saudara saya meninggal dunia kerana kemalangan malam tu,jadi nampaknya kena la kami ziarah mereka.Planning untuk ke pesta buku seperti kansel.Jadi pagi tu selepas abang balik kerja kami pun berangkat la ke Felda Lui Timur untuk ziarah keluarga tersebut.Selepas solat asar baru urusan pengkebumian selesai,abang tetap dengan planning asalnya jadi kami pun berangkat juga ke KL.Kita lalu Kuala Kelawang dan saya agak cemas bila  abang redah jalan hutan berbukit time maghrib tu.Pun begitu saya teringat nasihat orang tua- tua,bila bermusafir banyak kan berdoa,minta yang baik- baik.

Ya Allah,jangan la jadi apa -apa kat kereta ni.Pendek cerita tak ada masalah pun dengan kereta,cuma cuak saya terlebih. Sama macam mula bisnes shaklee dulu,cemas tak tentu pasal.Boleh ke nak bebisnes dari rumah ni,ada ke orang nak beli,apa yang saya faham tentang komputer ni,macam mana nak berurusan dengan customer dan seribu satu macam persoalan dlm kepala.
sebenarnya mudah je ..bila kita dah harunginya, kita sudah nampak dan tau cara menyelesaikannya.yang penting semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.kita sendiri yang mengaturkannya.Nak atau Tidak.



Berbalik ke cerita pesta buku,rupa rupanya dah tutup dalam 1/2 jam sewaktu kami sampai.aduhh..kecewa sungguh masa tu. mana tidaknya, dari jauh kami datang.ingatkan buka sampai tenggah malam.Nasib baik suami pandai main silap mata,tak boleh masuk depan kami menyelinap masuk dari pintu belakang.Dalam tergesa gesa kami ambik mana- mana buku yang berkaitan kesihatan.Nak tambah knowledge katakan.

vivix awet muda

Sampai kampung dah tengah malam.pukul 2pagi.mak mertua bukakan pintu.kesian pulak.
esoknya , pagi2 lagi mak mertua dah siapkan sambal masak.Kita tak mintak pun tapi dalam perjalanan pulang ke kampung tu memang ada terasa nak makan sambal masak.

Tetiba teringat sewaktu perjalanan balik dari perak hari tu, ada ternampak petai.terus teringatkan sambal masak dan pulut sambal. dalam hati dah berkata2 sebenarnya.tapi tak terluah dibibir.cuma terfikir, kalau ada rezeki saya, insha Allah.pasti saya akan dapat makan.

Tak sangka pulak perasaan saya nak makan sambal masak pun boleh termakbul ,apasal tak mintak yang besar dari sambal masak,dapat kereta ferarri atau dapat duit2-3juta.....fuyoo!!!!dalam diam hati menggila berkata kata.Senang nau dibuai perasaan...

Tapi semua tu sama ke NILAI dengan masakan mak saya yang sedap..sama ke dengan sambal masak Uwan Induk sebelah rumah tu.....Bila dikenang balik memang begitulah kehidupan kita didunia ni,selalu tersalah faham hendak apa yang tak ada sedangkan apa yang kita ada sebenarnya lebih baik dan bermakna daripada apa yang kita mahu.

Begitu hebat kuasa Doa orang yang senang bermusafir kan. semestinya setiap kali dalam perjalanaan, saya pasti akan mendoakan anak2 cucu cicit miut saya dalam Sinergi Muslimah terhebat berjaya menjadi leader yang hebat dan mencapai hajat masing-masing.Saya sangat yakin mereka semua pasti akan berjaya dengan cemerlang dan membantu satu sama lain. saya sangat sayangkan group SMT saya yang HEBAT.Shaklee tetap vitamin No 1.

Jika Anda ingin menjadi sebahagian dari keluarga besar kami, sila hubungi saya ;
H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 866295
FB Page : Jom Hidup Sihat & Cantik
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.
COD : Cheng,Bukit Rambai dan Tanjung Minyak Melaka.

Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan