Home » » BERSEDIA UNTUK MENYUSU BAYI ANDA !!!

BERSEDIA UNTUK MENYUSU BAYI ANDA !!!

Written By www.ummisihatcantik.com on Sabtu, 7 Julai 2012 | 11:35 PG

 Jadi anda sudah membuat keputusan bijak untuk menyusu bayi. SYABAS!!
Agar anda dapat menyusu dengan baik, pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang walaupun sebelum anda hamil.makanlah makanan membina badan seperti ikan, telur, daging , susu, kekacang dan bijirin.
makanan memberi tenaga seperti nasi, roti dan mi dan sudah tentulah, makanan mencegah jangkitan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Semasa mengandung, buah dada anda akan membesar kerana semakin banyak tisu yang terbentuk.Pakai coli yang sesuai untuk mengampunya dengan baik.Puting anda juga semakin gelap.
Jaga kebersihan diri sepanjang masa kehamilan dan makan supplemen tambahan .

BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU.

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi.Anak saraf dalam punting anda dirangsang bila bayi anda menghisap.Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menghisap, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan. dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. 
Apabila bayi menghisap, ini akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.
jadi anda mesti sentiasa berfikiran POSITIF!!

1. Anak saraf dalam punting akan dirangsang bila bayi menghisap.
2. Prolaktin dikeluarkan ke dalam darah dari bahagian hadapan kilang pituitari
3. Prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu

1. Anak saraf dalam punting akan dirangsang bila bayi menghisap.
2. Oksitosin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kilang pituitari
3. Oksitosin menyebabkan otot-otot di sekeliling alveoli mengendur dan menyalirkan susu ke punting.

**Produk ini tidak bertujuan untuk diangnosis untuk merawat , mengurangkan,menghilangkan semua jenis penyakit
Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, anda boleh hubungi  


H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 866295
COD  : Sungai Udang, Masjid Tanah, Alor gajah, Jasin, Bandar melaka dan sekitarnya.
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.


Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan