Home » » NIAT BAIK

NIAT BAIK

Written By www.ummisihatcantik.com on Khamis, 26 Januari 2012 | 10:29 PTG

Assalammualaikum..
Malam tadi ada customer nak beli 1 set untuk kuruskan badan.jd saya syorkan lecithin, herba-lax dan fiber.
tp customer saya nak alfafa juga , ok ..di pendekkan cerita saya dan customer setuju dengan harga yang saya beri.
suami saya mencelah dan bertanya berapa saya untung dgn jualan saya tadi.saya kata rm... dengan nada gembira.untung bagi 2 dgn custemor.ok lah tu kan.suami mcm tak puas hati je.
paginya saya minta tolong suami transferkan duit dan nak masukkan duit dalam akaun saya sekali.sambil tu boleh beli barang2 dapur.
dalam kereta suami cakap bende yang malam td tak habis bincang.konon nya saya bagi harga murah sangat.nanti saya akan kecewa sebab tak ada untung.
saya kata saya puas hati dan suka apa saya buat.saya akan niat saya sedekah juga.moga bertambah rezeki saya nanti.suami saya akur dan puas dgn penerangan saya.
habis urusan di bank...kononya nak terus beli barang2 dapur dan tiba2 ada ada polis trafic tahan sebab suami buat pusingan U di tempat tak sepatutnya dan kami tak pakai tali pinggang. Pehh sudahhh.
En polis kata " En nak saya saman 1 atau 2 kesalahan ni..kalau 2 ..kira RM 600 ni." suami saya kata " ikut budi bicara tuan lah"
" En keje mana" polis tanya lagi sambil minta IC dan lesen memandu
"Petronas tuan" jawab suami
"macam ni lah..saya tak saman, tapi lain kali jangan buat lagi dan pakai tali pinggang ye."
lega hati saya dan suami mendengarnya.berkali2 suami ucap terima kasih.hihihi
suami kata agaknya polis kesian kat abg kot , pasal bila abg kata abg keje petronas dia tak jadi saman.
"kenapa pulak" saya tanya suami..
" sebab kawan2 abg ramai dah pi keje kat Arab..tinggal abg je kat sini...tu yang dia kesian kot"
" tak de kene mengene lah.." jawabku
"sebenarnya Allah nak tunjuk kat kita, kalau kita buat baik dan niat baik pada org, Allah akan bg kebaikan dan kemudahan pada kita jga,.abang tengok, ita dah niat baik nak sedekah dan mudahkan customer ita, jd Allah mudahkan juga urusan kita.Cuba kalau ita fikir nak untung dan tak faham situasi org..ntah rm 600 kita kene bayar..bertambah rugi ada."
suami senyum buka main.
saya akan ingat peristiwa ini sampai bila2  untuk tingkatkan lagi amalan dan akan menjadikannya salah satu panduan untuk saya dalam menempuh rintangan dalam dunia perniagaan  ini..
syukur Alhamdulillah..Moga Allah mudahkan segala urusan kami sekeluarga dan akan bertambah lagi rezeki kami Amennn.


sebarang pertanyaan mengenai vitamin Shaklee, boleh hubungi/sms saya 
di talian 019 655 0049 rozita


Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan