Home » » Vitamin kesuburan

Vitamin kesuburan

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 28 November 2011 | 10:07 PG


Assalamualaikum
Saya pun susah sangat dapat mengandung.saya mengandung setelah 5 tahun berkhawin.berbagai cara kami usahakan dari cara tradisional, homeopati dan jumpa doktor pakar sakit puan.
Alhamdulillah sekarang saya sudah mempunyai 3 puteri yang sangat2 cantik.
dari pengalaman saya, badan yang sihat amat penting.bila badan sihat kita tak stress.pengambilan vitamin amat mustahak dan sesudah itu, kita berdoa dan serahkan kepada Allah.hanya Allah yang layak menentukan segalanya.mari saya kongsikan sedikit maklumat yang saya amlbil dari blog mommy Danish Iris.info dari mommy lyna.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Perihal Kesuburan & Cahayamata


Credit to Mommy Lyna untuk info ini

Anak adalah anugerah Tuhan. kehadiran cahayamata dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah kebahagiaan yang tidak terhingga kepada setiap pasangan. namun, bukan semua pasangan 'mudah' dikurniakan anak. ada yang 'bertuah' yang perlu menjalani beberapa 'fasa' barulah dapat anak. nah! kali ni saya nak share entry dari Mommy Lyna tentang masalah ketidaksuburan di kalangan suami isteri serta cadangan untuk mengatasinya.

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membaw kepada perceraian!

 Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Namun tidak sepenuhnya walaupun 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita tetapi 40% kes juga berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
·         Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
·    Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
·         Penyakit berkaitan kelamin.
·         Penyakit berkaitan masalah pelvik.
·         Merokok.
·         Pengambilan kafein yang berlebihan.
·         Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
·         Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).


Punca lelaki tidak subur:
·         Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
·         Sperma kurang cergas
·         Sperma yang tidak sempurna
·         Sekatan pada saluran semen
·         Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
·         Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
·         Pendedahan terhadap punca radiasi.
·         Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
1.         Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
2.        Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
3.        Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
4.        B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi iaitu pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

Lots of Luv,
Mommy Danish Iris
Beautiful, Fabulous and Healthier YOU!

Boleh hubungi saya di talian 0196550049.
siti rozita binti othman

0 comments:

Catat Ulasan