Home » » Resepi Laksam Melaka Sedap Dan Mudah

Resepi Laksam Melaka Sedap Dan Mudah

Written By www.ummisihatcantik.com on Jumaat, 6 Oktober 2017 | 9:40 PTG

Resepi Laksam Melaka Sedap Dan Mudah

Laksam Melaka tau. Yelah kak ita orang Melaka. Bagi Chan lah kannn. Cayang korang. Majuk Tak bagi Resepi baru tau. Hahaha. 
Sedapnya. 

Korang nak tau Tak. Kami sekeluarga memang peminat laksa Dan Laksam ni. Laksa Kira dah terer lah sebab biasa buat. Campak campak je dah jadi. 

Tapi kak ITA pernah buat Laksam dulu. Tapi Tak jadi tau. Adunan tepung ku humban je dalam singki. Masa tu pulak dah buat kuahnya. Ku hirup je lah kuah tu . Makan dengan Mee. Sejak tu Tak pernah mencuba nak buat Laksam

Tapi sejak anak2 dah besar ni.. nak beli pun buat cukup sebungkus kann.. kena lah belajar juga . 

Kak ITA Google Resepi Laksam Dan tengok YouTube cara yang betul buat Laksam. Apalagi kan, Resepi dah Ada, bahan bahan pun senang Cari, Kita bancuh adunan tepung dulu. Dah kompom jadi baru buat kuahnya. 

Alhamdulillah... Menjadi tau. Kembang kempis hidung kak ita bila abang aji dan anak2 puji. 

Haritu sekampit tepung langsai dengan riangnya. 


Resepi Laksam


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
5 cawan air suam ( 3 cawan mendidih 2 cawan suam)
Sedikit minyak masak ( disapu dalam loyang)

1. campur semua bahan diatas sehingga sebati . ketepikan sebentar.

2. panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak

3. masukkan bancuhan tepung tadi dalam  loyang atau tudung periuk. Pastikan loyang tadi sudah panas. jgn tebal jgn nipis.agak2 la ye. kukus dalam 5 minit sehingga nampak mengelembung Dan adunan masak.

4. angkat loyang/penutup periuk dan sendengkan sebentar Dan ambil hujung sudu Dan gulungkan dari atas. Nanti laksam turun Dan bergulung cantik. 

Ulang Dan kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis. Bagus jika guna 2 atau 3 loyang/penutup periuk. Sebab sementara mengulung boleh panaskan loyang lain. Cepat sikit siap kerja Kita.

Bila dah sejuk. Boleh potong Dan hidangkan. 
Itu kalau kuahnya dah siap ler. Hahaha. 

Moh kak ita kongsi kan kuahnya pulak. 

Kuah laksam 


Sekilo  ekor ikan kembung/ikan sardin  dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan untuk kuah nanti.

6 biji bwang besar
3 ulas bawang putih.. 
sedikit halia
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
sedikit belacan
Santan pekat (agak2lah ye. ) Pekat sedap .
garam , gula
2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebus dlm blender supaya senang kisaran.

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih dengan api sederhana


Ulaman dihiris halus :

Bunga kantan
Daun kesum
kacang panjang
timun
tauge
kobis


Tak lengkap Laksam jika tiada sambalnya.
Baru umphh. 


Sambal laksam :

(Semuanya kisar/tumbuk halus)
lada merah
cili api merah
Belacan
garam sikit

Selamat mencuba. ๐Ÿ˜„

Nak supplement shaklee jangan lupa wasap kak ITA tau. 
019 6550049 
Shaklee Melaka. 




1 comments:

  1. Sapa suka makan Laksam .. Kita geng๐Ÿ˜„.
    Korang boleh cuba buat tosei yang kak ita kongsi tu. Pasti menjadi.

    BalasPadam