Home » » Diari Arwah Abah Saya

Diari Arwah Abah Saya

Written By www.ummisihatcantik.com on Rabu, 3 Februari 2016 | 4:06 PTG

Assalammualaikum

Rindu teramat dengan arwah abah, Pemergiannya yang tak dijangka begini awal . Pada usianya 65 tahun. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Arwah abah meninggal akibat serangan jantung. Pada hari isnin jam 6.40 petang.18 januari 2016.
Terlebih dahulu Arwah tetiba rasa sakit dada ketika sedang bersiap2 untuk pergi bersolat zohor di masjid. Sebelum kejadian keadaannya baik. Pada waktu pagi arwah abah akan ke kebun dan membuat aktiviti hariannya. Sebelum kejadian arwah abah bersama ajk masjid untuk melihat pemasangan penghawa dingin di Masjid.
Bila balik rumah pada tengah harinya sempat berbual2 dengan ibu.

Banyak yang ingin saya ceritakan pasal hal ini. Biarlah menjadi kenangan buat saya . Sebak bila menulis coretan ini. Moga arwah di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Arwah abah sangat suka tulis di dalam diari. Apa saja aktiviti hariannya pasti beliau akan tulis sebuah diary. Dulu saya ada hadiahkan sebuah diary untuknya.
Dan bila buka diarynya inilah sepotong ayat yang sangat saya suka.


Indah sungguh kata katanya. Semoga menjadi kata2 semangat untuk kita semua.

Alfatihah
Abah Othman bin Mat.
Sayang abah dunia Akhirat.

0 comments:

Catat Ulasan