Home » » Genap 15 tahun usia perkhawinan kami (7.3.2013)

Genap 15 tahun usia perkhawinan kami (7.3.2013)

Written By www.ummisihatcantik.com on Khamis, 7 Mac 2013 | 12:52 PTG

Assalamualaikum sahabat semua.

Hari ini genap usia perkahwinan kami yang ke 15 tahun.Cepatnya masa berlalu, Banyak perkara suka duka yang dilalui bersama.Tapi saya seorang yang tak suka simpan2.kalau tak suka ,  saya cakap..dan sumi saya juga jenis yg tak suka gaduh lama2. tak yah lah nak merajuk lama2, kejap aje ia pujuk,Alhamdulillah kami dikurniakan 4 orang puteri termasuk baby yang dalam kandungan saya sekarang (27 minggu).

Saya dari keluarga yang sederhana, ayah saya seorang peneroka felda , masa saya mula bernikah dulu, adik2 masih belajar, jadi perkhawinan saya ala kadar sahaja, tak de pelamin, tak de kompang, tapi cukup meriah.lagipun itu yang saya inginkan..duit boleh guna untuk beli lauk tetamu jempuan.Kad  jemputan saya upah kawan buatkan dan print sendiri di kedai.belilah kertas A4 yang bewarna tu kan. hihi. Jimat sikit kos nya.Agak2 ada tak yang buat macam saya ni.sekarang semua dah cangihkan.kad pun tebal dan wangi.



Bapa saya sekarang , Alhamdulillah sudah lebih duit belanjanya.ye lah kan 10 ekar kelapa sawit.banyak tu.kadang2 bila saya balik, ayah akan bagi saya duit kocek sikit,..tp saya gantikan dengan vitamin shaklee.

Besar harapan saya agar dapat membahagiakan suami, anak2 , ibubapa dan mertua saya.Saya insan yang biasa ,banyak kelemahannya, TAPI besar IMPIANNYA. ^_^

InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi cerita mengenai diri saya ye. sikit2 lah kan...

Salam Sayang.
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan