Home » » Petua Untuk Mengawal Darah Tinggi

Petua Untuk Mengawal Darah Tinggi

Written By www.ummisihatcantik.com on Rabu, 18 April 2012 | 11:30 PTG


Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang


Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.

Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumplan darah.

Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 6: Makan biji buah Peria.

Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.

Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.

Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.

Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.

Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.

Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi, menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.
info:ensainklopedia petua melayu lama.
Sudah tentu vitamin shaklee ada vitamin tambahan untuk para pesakit darah tinggi.seperti Set Family Wellness Programme.
Program kesejahteraan Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga  supaya kekal sihat dan bertenaga.

antara kebaikannya secara ringkas,
* Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
* Membantu anda berasa lebih bertenaga
* menguatkan sistem imun anda
* membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.
boleh lihat di entry saya yang lain untuk mengetahui secara terperinci mengenai setiap vitamin didalam set ini.
SET EU-FOUR PACK PLUS
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan mengenai vitamin ini, boleh hubungi saya 
019 655 0049 Siti Rozita bte Othman
wakil Shaklee area masjid Tanah, Sungai udang, Alor Gajah, Jasin dan Bandar Melaka.
fb Ct Rozita Othman
Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH



0 comments:

Catat Ulasan