Home » » SIAPA SAYA

SIAPA SAYA

Written By www.ummisihatcantik.com on Jumaat, 30 Disember 2011 | 9:24 PTG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum sahabat semua.


Diambang 2012 ni.saya ingin memperkenalkan siapa saya dan keluarga saya.
saya Siti rozita Bte Othman, seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan membuat sambilan menjual Vitamin Shaklee.Saya ingin berjaya seperti Mommy Hadhatina dan otai2 shaklee yg lain.
Saya mempunyai 3 orang puteri yang sangat2 cantik dan baik. Suami saya seorang yang sangat memahami diri saya, faham kehendak saya dan banyak memberi peluang dan galakan kepada saya.agaknya itu yang menjadi saya kuat menempuh ujian dan cabaran selama ni.
saya sangat- sangat sayang pada keluarga saya dan akan berusaha untuk memastikan kami kekal bahagia dunia akhirat..amenn.


lagi ramai anak, lagi comel le pulak..hihihi (perasan)

amboi si comel ummi

sangat sibuk malayan kerenah anak ni.bukan setakat menguruskan semua kerja rumah , saya juga akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah.kena pandai uruskan masa, kalau leka sekejap mesti ada benda yang tak sempat dibuat.hihihi.

gambar ni masa raya puasa 2011


Saya sangat cintakan suami saya.nampak garang tapi hatinya baik.jangan sesekali tipu, memang pantang dia kalau kita menipu ni.anak2 pun dia ajar dari kecil jangan cakap bohong.
Bab pelajaran ,keperluan sekolah dan pakai keluarga memang tip top dia siapkan.baju raya beli sebelum puasa lagi..tambah kalau time Jcard.siap dia amik cuti nak tolong pilihkan baju anak.saya sibuk pegang Damia.maklumlah masa tu murah sikit dan pasti ramai orang kan.
Macam tu juga kalau anak2 nak naik sekolah awal tahun.budak2 belum cuti sekolah dah beli kasut dan baju sekolah.mudah gitukan tak kelam kabut nanti.
contoh sekarang masa menulis blong ni..(30.12.2011) semua keperluan anak kesekolah sudah siap.Buku2 sekolah dah siap beli..hanya tunggu naik sekolah je beberapa hari lagi (3.1.2012).
saya dan suami bernikah pada 7.3.1998. wah ..Hampir 14 tahun lah ye.nanti boleh sambut ulangtahun perkahwinan dgn hari jadi Damia Syafiyyah (8.3.2011) yang genap setahun nanti.
selang 3 bulan saya lahirkan damia..saya hamil lagi.tapi rezeki saya tak de..ingat boleh macam kakaknye selang setahun.maklumlah saya ni jenis susah dapat gak. masa tu kandungan 3  bulan bila doc kata dah tak gerak lagi.terus kene tahan wad untuk cuci.
rasa sedih sangat masa tu.nasib baik damia ada , boleh jadi penawar , kalau tidak berpantang tanpa baby.masa tu bulan puasa.jadi hari raya pun saya dalam pantang.tp pantang gugur ni tak lama sangat.
Ikutkan saya akan melahirkan pada 3.3.2012.masih teringat lagi suami kata , raya tahun ni paling bermakna pada abang.
Tahun 2011 akan kami tinggalkan peristiwa suka duka yang akan kami kenang selamaya.


Sampai disini dahulu pengenalan kami sekeluarga.harapan saya 2012 akan memberi sinar kebahagiaan dan kesihatan yang baik buat kami semua.Saya akan belajar lagi mengenai vitamin shaklee .dan semoga bidang yang ceburkan ini akan memberi menafaat kepada kami sekuarga.Pada Allah jua kami memohon segalanya.
YaAllah..Kau mudahkan lah segala urusanku dan suamiku.semoga kami dimurahkan rezeki yang halal dalam membesarkan anak anak kami.amen .


"Bla kita buat kehebatan, impian kita akan tercapai"


Salam sayang dari saya,


UMMI DAMIA ALIAH




sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee, boleh terus hubungi saya ye. 0196550049.

1 comments:

  1. Subhanallah.. blog umpama diari kita. Disini saya baru teringat kembali bila tarikh saya keguguran.

    Semua ada hikmahnya. Alhamdulillah sekarang sudah 5 org puteri.

    Ummi akan terus coretkan disini untuk bacaan anak2 ummi juga nanti.

    16.12.2016 (8.30 pg)

    BalasPadam