Home » » CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU

CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU

Written By www.ummisihatcantik.com on Khamis, 14 Jun 2012 | 7:07 PG

Assalammualaikum kawan-kawan sekalian.

Saya nak kongsikan info menarik yang saya ambil dari majalah Pa&Ma mengenai merangsang pengeluaran susu ibu.kesabaran ibu dan melakukan dengan berterusan patut diutamakan.

Apa yang lebih penting, bayi yang menyusu dalam posisi yang selesa, menyusu dengan cara yang betul dan kerap menyusu dapat membantu anda mencapai matlamat yang diingini.

1. Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara.

2. Jangan berikan punting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru punting sekaligus mengurangkan kekerapannya melakukan penyusuan langsung.

3. Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin, Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dapat dihasilkan.

4. Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.

5. Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara, Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payudara sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.

6. Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.

7. Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu  bayi menghabiskan sesi penyusuannya, beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.


**Produk ini tidak bertujuaan untuk diangnosis untuk merawat, menngurangkan, menghilangkan semua jenis penyakit.  


Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin shaklee untuk SET PENYUSUAN , anda boleh hubungi saya,

di Talian : 019 655 0049 (Siti Rozita Othman)
FB : CT Rozita Othman

Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH.


0 comments:

Catat Ulasan