Home » » Ikan Pari masak Asam Lada

Ikan Pari masak Asam Lada

Written By www.ummisihatcantik.com on Isnin, 27 Februari 2012 | 7:46 PG


Assalammualaikum.
Hari ni adik ipar saya ada datang rumah.jd memang kesukaan dia masak asam ni.Jadi saya ajak dia pergi pantai puteri untuk beli ikan segar disana.Alhamdulillah, ada ikan pari.jadi menu hari ini ikan pari masak asam lada.pehh..jom saya kongsi resepinya.

Bahan-bahan
1 kilo ikan pari
2 senduk cili mesin
10 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
halia (sebesar ibu jari)
kunyit hidup (sebesar ibu jari)
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1/2 mangkuk air asam jawa
2 sudu besar kerisik
garam
daun limau purut

cara
1,kisar lada hitam,ketumbar dan jintan kasar.Bawang merah,bawang putih ,kunyit dan halia ditumbuk lumat.
2.goreng campuran bawang hingga naik bau, masukkan campuran rempah dan cili kisar.goreng hingga naik minyak/garing dengan api perlahan.masukkan air 1 mangkuk dan air asam.biarkan mendidih baru masukkan ikan, daun limau.kemudian masukkan garam dan kerisik. agak2 kuahnya.saya suka masukkan 1 mangkuk air dulu.kemudian ikan.jd kita boleh mengagak, banyak mana kuahnya.
ok sudah siap.

salam sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan